Hari ini merupakan hari pertama berjumpa dengan Dr Fariza di makmal 2. Tepat jam 8.30 pagi kelas tutorial teknologi dalam pendidikan berlangsung di makmal komputer 2. Dalam perjumpaan kali pertama ini kami berkenalan dengan Dr fariza bagi mengukuhkan lagi tali persaudaraan. Sebelum ini tidak mengenali siapa itu Dr. Fariza. Namun perjumpaan ini membuatkan kami kenal pensyarah ini. kami mulakan kelas dengan bertanya khabar dan berkenalan antara satu sama lain. pandangan pertama melihatnya menampakkan Dr seorang yang baik, ceria dan suka menghiburkan pelajar. Jadi saya menjangkakan bahawa kelas ini akan ceria dan tidak membosankan.
Dr juga mengingatkan tentang tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang krusus ini dijalankan. Kami diperkenalkan dengan beberapa laman web untuk mencari jurnal bagi menyaiapkan tugasan. Kami juga perlu membina blog kami sendiri dan membangunkan blog tersebut dengan baik. Itulah perjumpaan kali pertama.
0 Comments
|